Thursday, November 19, 2009

Wajah Baru SK Juaseh Tengah


Ini adalah Bilik Perpustakaan yang dipindahkan ke bangunan baru yang terletak di tingkat atas sekali. Bilik Pusat Sumber Sekolah masih lagi dalam keadaan tidak tersusun dan dalam proses pengubahsuian dan penyusunan semula bahan-bahan yang ada.


Permandangan baru di hadapan SK Juaseh Tengah dengan bangunan 3 tingkat. Guru dan kakitangan sekolah baru sahaja berpindah masuk ke bangunan tersebut awal bulan Oktober baru-baru ini.

Hari Anugerah Cemerlang SK Juaseh Tengah 2009

Sekolah telah menjemput YB Dato' Haji Ismail B. Hj Lasim untuk majlis Perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2009.


Penyampaian Sijil dan Cenderahati oleh YDP PIBG SKJT En. Norlan B. Hj Ibrahim dan diiringi oleh Guru Besar SKJT En. Zulkefli B. Abd Rahman kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat tempat dalam Anugerah Cemerlang Sekolah.


Persembahan Tarian Endang daripada murid Tahap Dua.

Perkhemahan Perdana Program RIMUP Kelompok (B)

Ibu bapa dan kakitangan sekolah bergotong-royong menyediakan makanan untuk para peserta perkhemahan.


Sekolah telah menjemput Penolong Penguasa JPJ Kuala Pilah iaitu En. Rosli B. Harun sebagai penceramah Keselamatan Jalan Raya.


Ini adalah tapak perkhemahan bagi peserta yang terlibat dengan aktiviti perkhemahan Kem Bestari Ilmu Dan Kepimpinan Pengawas & Program RIMUP Kelompok (B) yang telah diadakan pada 13,14 dan 15 November 2009. Sekolah yang terlibat ialah SK Juaseh Tengah, SK Pelangai dan SK Pasir Ambor.

Perkhemahan Perdana Program RIMUP Kelompok (B)


Wednesday, November 18, 2009

MINGGU PSS SKJT

Murid-murid tahap satu sedang menjawab soalan kuiz Bahasa Inggeris sambil diperhatikan oleh guru yang bertugas.

Tuesday, April 7, 2009

Kejohanan Olahraga sekolah Kali ke 54


Sekolah Kebangsaan Juaseh Tengah telah mengadakan kejohanan Olahraga kali ke 54 pada 20 Feb 2009. Alhamdulillah, Majlis tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar. Semua guru dan Ibu bapa serta murid-murid memberi sokongan dan kerjasama yang baik terhadap kejohanan Olahraga pada kali ini.

SEK.KEB.JUASEH TENGAH


Sekolah Kebangsaan Juaseh Tengah telah ditubuhkan pada tahun 1913. Namun begitu, keadaan sekolah pada ketika ini sudah banyak berubah. Pelbagai pembaharuan telah dilakukan bagi menaikkan taraf sekolah ini supaya setanding dengan sekolah-sekolah lain yang telah berjaya di negara kita.